Senam Sihat Merdeka NADI MADANI
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2026, telah berlangsung secara serentak satu Malaysia Program Senam Sihat Merdeka NADI MADANI di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Malaysia Books Of Record di samping memupuk kesedaran bersenam menjadi rutin untuk menjadi lebih sihat.
Sepanjang program ini berlangsung, setiap NADI termasuk NADI Padang Besar Selatan telah menyiarkan secara langsung di Google Meet SSO Wellbeing dan juga telah disiarkan juga dalam media sosial NADI Malaysia. Sebanyak 46 orang peserta telah menyertai program Senam Sihat di NADI Padang Besar Selatan. Program ini juga di akhiri dengan sesi cabutan bertuah dan sesi penyampaian cenderahati kepada jurulatih yang mengetuai senaman ini.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta. Selain itu, dapat juga memupuk semangat kemerdekaan dan juga semangat kesukanan dalam diri masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: